FAQ ( Soalan Lazim)
Berapa biji ada dalam satu botol ni?
Setiap 1 botol mengandungi 30 biji tablet berperisa oren, cukup untuk kegunaan di antara 15 ke 30 hari bergantung kepada cara pengambilan.
Macam mana pengambilannya ?
Jika anda mengalami gejala yang teruk, disarankan ambil 2 biji sehari – 1 biji selepas sarapan pagi dan 1 biji selepas makan malam, bersama air kosong.
Untuk gejala yang sederhana, boleh ambil 1 biji sehari – 1 biji selepas sarapan pagi, bersama air kosong.
Pengambilan secara konsisten membantu memberi kesan yang lebih baik.
Selamat ke untuk diamalkan? Halal?
Ya, produk ini selamat untuk diamalkan dan 100% HALAL.
Ia tidak mengandungi bahan kimia terlarang dan sesuai digunakan sebagai sokongan kesihatan harian.
Ibu mengandung boleh gunakanya?
Untuk ibu mengandung atau menyusu, kami sarankan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan, sebagai langkah keselamatan.
Penghidap masalah kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, sesuai ke?
Produk ini sesuai digunakan sebagai sokongan kesihatan.
Namun bagi individu yang mempunyai penyakit kronik atau sedang mengambil ubat, adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengamalkannya.
Ada kesan sampingan yang berbahaya ke?
Setakat ini, tiada kesan sampingan berbahaya dilaporkan apabila diambil mengikut dos yang disarankan.
Jika berlaku sebarang ketidakselesaan, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat profesional kesihatan.